Wednesday, March 25, 2009

Dauroh (3-5 April): Keilmuwan Sebelum Berdakwah di IQ

Dauroh (3-5 April): Keilmuwan Sebelum Berdakwah di IQ

Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Anda semua dijemput menghadiri daurah 'Keilmuwan Sebelum Berda'wah'

Pendahuluan: Islam amat menitik-beratkan aspek keilmuwan sebelum berda'wah. Tidak sedikit para pendakwah yang terbabas saat berda'wah, disebabkan ceteknya pengetahuan asas keislaman yang wajib diketahui setiap individu muslim apatah lagi pendakwah. Ramai yang menyangka da'wah itu dimulakan dengan dan semata-mata mengajak manusia berakhlak baik dan membanteras gejala sosial, ada yang mengajak ummah ini agar peduli kepada isu Palestin, ada yang berjuang ke arah tertegaknya kembali Khilafah Islamiyyah, namun apakah itu da'wah yang telah dipercontohkan Nabi SAW? Ya, kita akui, semua itu adalah salah satu elemen tarbiyyah dan matlamat dalam da'wah, namun bukan itu prioriti, penumpuan dan permulaan da'wah yang telah dipercontohkan (bukan sahaja) Nabi kita Muhammad SAW, malah semua yang terdapat dalam rantaian Rasul yang telah diutuskan Allah SWT. Adapun da'wah para Rasul dimulakan dengan elemen tashfiyyah; yakni memurnikan aqidah keyakinan objek dakwah mereka. Jika kita teliti kembali Sirah al-Nabawiyyah, tidakkah pada zaman jahiliyyah telah sedia berlaku kerosakan sistem sosial dan akhlak yang begitu parah di tanah arab? Zina, pembunuhan anak, arak, pergaduhan puak-puak, syirik, dan lemahnya bangsa Arab dihimpit gergasi dunia; sehingga mereka tunduk, takut dan sujud kepada empayar Rom dan Parsi saat itu. Namun, Nabi Muhammad SAW tetap sahaja tidak memulakan da'wahnya dengan mengajak insan supaya berakhlak baik, peduli kepada nasib bangsa Arab yang lemah saat itu, menceritakan kerosakan bangsanya, tetapi, apa yang dimulakan Nabi SAW adalah da'wah tawheed! Para ulama' Islam pula bila berbicara tentang keilmuwan dalam Islam, yang mereka maksudkan adalah ilmu Syar'ie, tanpa menafikan cabang-cabang keilmuwan yang lain. Namun sayang sekali, keilmuwan inilah yang banyak diabaikan oleh para pendakwah. Tak ramai yang menjelaskan konsep tawheed uluhiyyah serta asma' wa sifat sebagaimana yang difahami oleh para sahabat -generasi yang ditarbiyyah langsung oleh baginda Nabi SAW- dan salaf al-soleh. Maka dauroh ini dirangka bagi memberi masukan kepada para peserta akan ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim dan sebagai subjek bahan da'wah yang wajib disampaikan para pendakwah.


Berikut merupakan butir-butir tentang program;


Tema: " Keilmuwan Sebelum Berda'wah "

Tarikh: 3-5 April 2009/ 7-9 Rabi' al-Akhir

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan IPTA/S dan mereka yang berumur <30 tahun sahaja

Pengisian:

1)Syarah Aqidah Shahihah [Ustadz Wan Nordin; Shahadah Kepujian (Univ. Islam Madinah) dalam bidang Bahasa Arab dan Tamadun Islam]

2)Konsep al-'Ubudiyyah & Syarat Penerimaan Amal [Ustadz Wan Nordin]

3)Manhaj Salaf al-Soleh; Dalam Berinteraksi dengan Dalil, Khilaf, dan Berda'wah [Ustadz Hisyam b. Mohd Radzi; B.A (Univ. Islam Madinah, M.A (USM) dalam bidang Pengajian Hadits]

4)Da'wah Salafiyyah; Based on the Methodology of Tashfiyyah & Tarbiyyah [Syaikh Abu Marwan al-Urduni (nama sebenar: Muhammad Sa'id bin Abu al-Rubi); sedang menyiapkan PhD (USM) dalam bidang Comp. Sc. dan pernah bertalaqqi menuntut ilmu dan mendampingi para ulama' besar di Arab Saudi]

Yuran Penyertaan: RM 20 (Pelajar ada masalah kewangan namun bersemangat tinggi, boleh memohon bantuan penganjur, insha Allah)

Anjuran: GMT, USM (Induk, Penang)



Tarikh akhir pendaftaran adalah 1 April 2009 ini, untuk pertanyaan dan pendaftaran SMSkan nama beserta IPT anda kepada Abu Nashiruddin a.k.a Ibn Mustofa 019-5144029, dan Ummu Sofiyyah 013-9604922. Penginapan adalah di IQ. Sila sebarkan mesej ini.

P/S: Bagi yang menaiki bas ataupun keretapi, anda diminta membeli tiket samada ke Butterworth (bagi bas dan keretapi), ataupun Kulim (bas).


_________________
Official Blog, http://purify-educate.blogspot.com

No comments:

Post a Comment